honestly..

Jumaat, 10 Oktober Dua Ribu Empat Belas. hmmm.. 

Pagi yang indah seperti sebelumnya. Aku terus ke bilik air, buat apa yang patut. Pili paip aku buka pada kelajuan sederhana. Air yang jernih keluar, sejuk bagai ais. Ubat gigi jenama colgate di tekan pada bahagian hujungnya. Aku tak suka kalau tekan bahagian kepala. Kenapa? Sebab tak nampak maccho. haha..

Berbalik pada tajuk di atas "honestly". Mesti tertanya kenapa huruf "h" tak di cap lock ? 
Baiklah, secara jujurnya aku mencintaimu..bukan kerana kerjayamu, tapi aku tau kau adalah yang terpilih dan terbaik untuk aku. Walaupun kita tak sependapat.  eh! kok tu pulok..haha.. Sebenarnya aku sengaja  kecilkan huruf "h" tu. Biar nampak janggal, dan pelik. Dalam erti kata lain dan jujurnya, huruf kecil pada permulaan tajuk itu mempuyai agendanya sendiri. hihihi...

honestly dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (biasa orang guna kamus dewan bahasa, tapi kamus dewan bahasa yang aku guna masa kat sekolah dulu dah hilang, harap kamus dwibahasa pon jadi lah.. :P) memberi makna amanah, kejujuran, ketelusan, keikhlasan. Aku highlight kejujuran sebab kena dengan agenga dan apa yang aku ingin sampaikan. 

 honestly..sy tgh slow2 set mind sy..pasal xxx awk..


Nok g smaye Jumaat dulu..bersambung kemudian.. 


Comments

Popular Posts